KEGAGALAN PIL
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

KEGAGALAN PIL

A. Ketinggalan Pil ( miss pill )

Dengan jelasnya, faktor lupa mengambil satu atau lebih pil kontraseptif oral akan meningkatkan kegagalan kontraseptif atau menyebabkan masalah-masalah lain seperti BTB. Hal ini seterusnya akan menyebabkan ketidakpuas hati penggunaan kontraseptif oral. Oleh itu, cara yang paling baik untuk mengatasi masalah ini ialah memahami fisiologi kontraseptif oral dan juga bagaimana ia berfungsi .

 

Kitaran pil dan risiko kegagalan

(a) kombinasi oral kontraseptif ( COC )

COC menyebabkan perubahan kitaran dalam ovari dan endometrium dengan kehadiran tempoh pemberhentian pengambilan pil ( pill-free interval , PFI )(3) . Walau bagaimanapun, kitaran pil adalah berbeza dengan kitaran ovulatori (ovulatory cycle) . Aktiviti ovari boleh dinilaikan melalui perkembangan folikular ovari (ovarian follicular) atau kepekatan estradiol dalam serum . Perubahan kitaran ini bertujuan untuk menghalang pembebasan bulanan ovum daripada ovari .

Penekanan ovari (ovarian suppression) semakin meningkat semasa pengambilan COC selama 21 hari, selepas ini ovari dibenarkan ‘ mehilangkan diri ’ semasa tempoh pemberhentian pengambilan pill ( PFI ) . Tempoh ini berterusan selama 7 hari dan dalam tempoh ini, kedatangan haid berlaku . Perkembangan folikel adalah maksimal semasa permulaan pengambilan pek baru . Oleh itu, ketinggalan pil ( miss pill ) pada masa yang berlainan dalam kitar pil akan menyebabkan risiko kegagalan yang berlainan .

Kegagalan pil yang meningkatkan PFI akan meningkatkan risiko perkembangan ‘pre-ovulatory sized follicle ’ dan penerimaan hormon luteinizing yang banyak . Peningkatan risiko tersebut akan meningkatkan risiko ovulasi dan seterusnya menyebabkan kegagalan pil . Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku jika ketinggalan pil pada waktu yang berlainan pada kitar pil tersebut . Hal ini kerana perkembangan ‘ pre-ovulatory sized follicle ’ memerlukan 7 hari berturut-turut yang tidak memakan sebarang kontraseptif oral . Perkembangan ini akan dimusnahkan jika pengambilan pil semula . Oleh itu, pengambilan pil pek pertama yang dimulakan pada hari pertama kedatangan haid memberikan penekanan ovari secara serta merta . Hal ini berlaku dengan menghalang perkembangan ‘ pre-ovulatory sized follicle ’ yang selama 7 hari . Oleh yang demikian , aktiviti ovari adalah paling rendah pada kitaran pertama pengambilan kontraseptif oral .

 

(b) pil progestin sahaja ( POP )

Bagi wanita yang mengambil POP,  tidak ada satu kitar ovari yang konsisten . Perkembangan ‘ pre-ovulatory sized follicle ’ akan bermula pada bila-bila masa sahaja . Oleh itu, peratusan berlakunya kegagalan kontraseptif adalah lebih tinggi bagi wanita yang mengambil POP . Peratusan kegagalan ini belum termasuk lagi kegagalan yang disebabkan oleh ketinggalan pil . Walaupun begitu,  POP masih mempunyai kebaikan yang tersendiri .

 

Komplians

Dalam klinikal trial, COC mempunyai kadar kegagalan serendah 0.12 kehamilan dalam 100 wanita . Walau bagaimanapun, kadar kegagalan COC dalam klinikal praktikal sebanyak 3 % hingga 20 % . Perbezaan antara efikasi secara teori dan praktikal adalah disebabkan oleh faktor komplians – iaitu lupa pengambilan pil , mengambil pil secara tidak tentu masa atau tidak ikut langkah-langkah yang diajar oleh doktor, farmasi dan jururawat .

Bukan semua faktor yang menyebabkan ketidak komplians berasaskan kepada penggunanya(3) . Faktor-faktor yang mempengaruhi ketidak komplians adalah seperti berikut :

  1. Pembungkusan
  2. Pembungkusan sekarang lebih mementingkan mendapat pengeluaran yang sah dari segi undang-undang daripada memberikan informasi yang secukupnya kepada pesakit . Selalunya, dalam risalah yang disertakan dengan produk , tulisannya terlalu kecil , tidak jelas maknanya , mengelirukan atau tidak tetap . Contohnya, hari permulaan yang dicadangkan - adakah pada hari pertama , hari ke – 5 atau hari Ahad pertama selepas kedatangan haid . Sepatutnya, semakin lambat memulakan pek pertama kontraseptif oral pil, semakin kurang kesan penghalangan kehamilan, walaupun secara teori , pengambilan pil dalam 7 hari pertama selepas kedatangan haid masih berkesan(3) .

  3. Umur
  4. Umur mungkin merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi komplians pengguna . Wanita yang lebih tua kurang ketinggalan pil atau tidak mengambil pil tanpa sebarang alternatif kontraseptif .

    Walalupun begitu, wanita muda lebih suka mendapatkan nasihat atau membeli kontraseptif oral bersamaan dengan kawan supaya kawan mereka dapat menolong mereka mengingati nasihat yang diberikan(5) .

  5. Pendidikan
  6. Pengetahuan khusus adalah penting dalam pengambilan pil kontraseptif oral . Kajian menunjukkan 60 % sampel yang hadir dalam klinik perancangan keluarga tidak dapat menamakan pil perangcang yang digunakan dan 7 % tidak tahu bahawa mereka memerlukan 7 hari PFI sebelum pengambilan pek yang seterusnya (4).

    Pengguna kontraseptif oral perlu meningkatkan pengetahuan mereka melalui televisyen atau majalah . Kebanyakan daripada mereka hanya bergantung kepada nasihat kawan sahaja . Hanya sebahagian kecil yang akan mendapatkan nasihat dari doktor , ahli farmasi atau jururawat. Sebenarnya, langkah pertama pendidikan ini ialah memberikan nasihat secara oral dengan kehadiran pasangan mereka . Seterusnya , pengguna perlu mengulangi informasi yang diberikan. Jika pengguna tidak dapat mengingati semua informasi yang diberikan , informasi secara tulisan perlu diberikan .

    Kebanyakan wanita yang kekurangan pengetahuan terhadap kontraseptif oral akan menganggap pendarahan pertengahan kitaran ( mid-cycle breakthrough bleeding ) sebagai kedatangan haid . Dengan ini, mereka akan berhenti mengambil pil kerana mereka hanya tahu bahawa kedatangan haid sepatutnya pada tempoh 7 hari yang tidak makan pil . Sebaliknya, bagi wanita yang mempunyai kecukupan pengetahuan tentang kontraseptif oral , mereka akan terus memakan pil selagi pil dalam pek yang sama masih belum habis walaupun mereka mengalami pendarahan .

  7. Faktor sosial
  8. Secara genetiknya atau secara semulajadi , sesetengah wanita jarang lupa mengambil pil tetapi sesetengah pula selalu lupa mengambil pil yang sepatutnya . Dalam satu penyelidikan, menunjukkan wanita dari kumpulan sosial-ekonomi yang lebih tinggi jarang lupa mengambil pil iaitu lebih kurang ketinggalan 4 pil dalam setahun . Sebaliknya, wanita dari kumpulan sosial-ekonomi yang lebih rendah mempunyai min ketinggalan pil yang lebih tinggi iaitu 10 pil dalam setahun(3) . Selain itu, kebanyakan pengguna hanya dapat mengingat 50 % nasihat yang diberikan , atau mereka hanya mengingati nasihat yang nampaknya berkaitan dengan mereka sahaja pada masa tersebut.

    Wanita yang menjalani perhubungan seks yang tidak stabil juga mempunyai sikap pengambilan pil secara tidak tetap . Sepatutnya, wanita perlu mempunyai sikap mengambil pil pada waktu yang sama setiap hari .

  9. Kesan sampingan

Faktor kesan sampingan merupakan faktor yang paling biasa yang menunjukkan ketidak komplians pengguna terhadap pil kontraseptif oral. Sebab utamanya pemberhentian penggunaan pil ialah sifat ketakutan mengidap penyakit kanser . Walaupun pengurangan dos oral kontraseptif dapat menurunkan kesan sampingan tertentu , tetapi risiko kegagalan pil masih meningkat kerana risiko ketinggalan pil masih tinggi . Pada zaman yang serba moden ini, pengguna dapat membeli kontraseptif oral yang kurang androgenik progestin yang akan mengurangkan kesan sampingan di samping dapat mengekalkan keberkesanannya dalam menghalang kehamilan .

Kesan sampingan amenorea iaitu ketidakhadiran haid juga akan meningkatkan kadar kegagalan pil . Biasanya, wanita yang mengalami kesan sampingan ini akan berhenti mengambi pil tanpa meminta nasihat dari bidang profesional . Hal ini demikian kerana kebanyakan wanita menganggap mereka sudah hamil sebab tidak mengalami kedatangan haid . Seterusnya , wanita tersebut akan mengalami kehamilan selepas beberapa minggu beliau berhenti mengambil pil tersebut .

 

Meningkatkan komplians pil

Cara-cara untuk meningkatkan komplians pengguna adalah seperti berikut :

Mengambil masa berlebihan untuk memberi nasihat kepada indivudu atau pasangan yang ingin mengambil pil kontraseptif oral .
Bagi wanita yang lemah komplians, dicadangkan memberi nasihat dalam bentuk oral dan tulisan dan memastikan pengguna tersebut memahami kebaikan kontraseptif oral serta risiko ketinggalan pil .
Mencadangkan cara kontraseptif yang lain bagi wanita yang terlalu lemah komplians .
Menggalakkan pengguna membuat pengunjungan lanjutan atau menelefon apabila menghadapi sebarang masalah .
Nasihat-nasihat penting selepas ketinggalan pil mesti senang diperolehi dan nasihat tersebut mestilah konsisten sama ada diperolehi dari media massa, dari risalah produk atau dari jabatan kesihatan .

 

Nasihat bagi wanita yang ketinggalan pil(3)

1. Ketinggalan pil kurang daripada 12 jam 

    ==>   Mengambil pil yang ketinggalan dan mengambil pil yang seterusnya seperti biasa  

    ==>   Tidak ada tindakan seterusnya.

 

2. Ketinggalan pil lebih daripada 12 jam  

    ==>   Mengambil pil yang ketinggalan dan mengambil pil yang seterusnya seperti biasa  

    ==>   Mengambil langkah berjaga-jaga yang lain misalnya penggunaan kondom selama 7 hari  

    ==>   PFI  lebih atau sama dengan 10 hari  

    ==>   Memberi kontraseptif postcoital

 

3. Lebih daripada 1 ketinggalan pil

    ==>   Mengambil pil yang ketinggalan dan mengambil pil yang seterusnya seperti biasa

    ==>   Biarkan pil yang lain dalam pek tersebut

    ==>   Mengambil langkah berjaga-jaga yang lain misalnya penggunaan kondom selama 7 hari

    ==>   7 hari seterusnya termasuk PFI

    ==>   Memulakan pek baru tanpa PFI

                                                                                                                                                 

Lupa pengambilan pil

Bagi wanita yang mengambil pil kontraseptif oral , waktu yang paling selamat ialah pertengahan kitaran dan waktu yang paling kurang selamat ialah semasa ‘ withdrawal bleed ’(5) . Ketinggalan pil pada masa pertengahan tidak begitu penting kerana ovari dalam keadaan penekanan ( suppressed ) jika pengambilan pil lebih daripada 7 hari berturut-turut . Ovari yang dalam keadaan penekanan jarang mengalami ovulasi sehingga ketinggalan pil sebanyak 7 hari . Bagaimanapun, adalah merbahaya jika ketinggalan pil berlaku sebelum mengakhiri sesuatu pek oral kontraseptif . Jika seseorang wanita mengalami ketinggalan pil dan berhenti mengambil pil semasa PFI salama 7 hari , ovari mungkin akan berovulasi walaupun kedatangan haid berlaku . Oleh itu, wanita yang mengalami ketinggalan pil pada minggu terakhir dalam satu pek, beliau perlu memulakan pek yang baru tanpa PFI . Hal ini dapat mengelakkan pengambilan pil selepas persetubuhan ( postcoital contraceptive ) .

Lupa pengambilan pil pada permulaan satu pek baru akan memanjangkan PFI . Pada keadaan tersebut, ovulasi mungkin berlaku kerana proses penekanan ovulasi masih belum lengkap . Keadaan ini akan menjadi lebih serious jika pengambilan pil pada pek lama juga tidak tetap . Dalam hal ini , langkah berjaga-jaga yang lain seperti penggunaan kondom perlu dijalankan selama 7 hari berturut-turut bersamaan dengan pengambilan oral kontrseptif pil . Kontraseptif selepas persetubuhan ( postcoital contraceptive ) juga boleh digunakan .

 

 B. Interaksi drug

Interaksi drug akan mengurangkan penyerapan pil kontraseptif oral . Penyerapan akan berkurang jika pil telah dimuntah keluar dalam masa setengah jam atau satu jam selepas mengambil pil tersebut .

 

Interaksi dengan antibiotik

Dalam pengaliran enterohepatik, estrogen diekskresikan dalam bowel dan diserap semula selepas kegagalan bekteria . Walaupun hal ini berlaku pada sesetengah individu sahaja, adalah susah untuk membezakan siapa yang berinteraksi dengan antibiotik , oleh itu, sesiapa yang memakan antibiotik perlu berhati-hati jika anda mengambil pil kontraseptif oral pada masa yang sama .

Bagaimanapun, keadaannya berlain jika anda mengambil antibiotik secara jangka pangjang, seperti tetrasiklin untuk merawat jerawat . Bakteria di bowel akan resistan dengan antibiotik dalam beberapa minggu dan ia tidak mengganggu penyerapan hormon . Oleh itu, bagi wanita yang sudah mengambil antibiotik untuk jangka masa yang panjang, anda tidak mempunyai masalah penyerapan apabila anda ingin memulakan pengambilan pil kontraseptif oral . Hal itu berlainan jika wanita yang sedang mengambil pil kontraseptif oral dan ingin memulakan antibiotik untuk kursus selama 1 minggu . Dengan ini, bagi wanita dalam golongan ini, anda perlu menambahkan cara kontraseptif alternatif seperti guna kondom selama kursus antibiotik tersebut .

Hanya COC yang akan berinteraksi dengan antibiotik , bagi wanita yang mengambil POP, masalah interaksi tidak berlaku . Contoh antibiotik yang berinteraksi :

Ampisilin / Amoksisilin
Sefalosporin
Kloramfenikol
Klindamisin
Eritromisin
Sulfonamid
Tetrasiklin

 

Induksi enzim hati

Induksi enzim hati akan menyebabkan kegagalan pil kedua-dua COC dan POP . Tanda pertama bagi kegagalan pil secara induksi enzim hati ialah pendarahan pertengahan kitaran ( BTB ) . Drug yang menyebabkan induksi enzim hati adalah :

Rifampin
Fenitoin
Griseofrlvin
Barbiturat
Spironolakton
Garbamazepin
Primidon
Glutetimid

Drug yang tidak berinteraksi dengan COC ialah :

Sodium Valproat
Etosuximide
Vigabatrin

Drug yang berinteraksi kuat dengan COC ialah :

Fenitoin
Barbiturat
Karbamazepin
Primidon
Klonazepam

 

Kontraseptif Postcoital kecemasan

Kontraseptif kecemasan boleh digunakan dalam 72 jam pertama selepas aktiviti persetubuhan yang tiada pengawalan . Jenis kontraseptif ini telah dikaji selama 2 dekad dan baru-baru ini, U.S. Food and Drug Administration ( FDA ) telah melabelkan kontraseptif oral tertentu sebagai kontraseptif kecemasan .(6),(7) Formulasi pil jenis ini terdiri daripada norgestrel atau levonorgestrel dan ethinyl estradiol . Dari beberapa kajian didapati dengan peningkatan pencapaian dalam kontraseptif kecemasan, dapat membantu dalam mengurangkan kehamilan yang tidak dirancangkan terutamanya antara wanita yang muda . (8) Walau bagaimanapun, kontraseptif postcoital ini hanya mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 75 % sahaja .

Kontraseptif kecemasan selalunya menyebabkan loya dan muntah . Oleh yang demikian , antiemetik perlu diambil sebelum 60 minits pengambilan pil kontraseptif kecemasan .(9)

Beberapa regimen ethinyl estradiol dan levonorgestrel digunakan dalam kontraseptif kecemasan . pil kontraseptif oral dos pertama perlu diambil dalam masa 72 jam pertama selepas persetubuhan yang tanpa pengawalan kontraseptif . Dos yang kedua pula perlu diambil dalam masa 12 jam seterusnya . pil kontraseptif oral biasa boleh dimulakan selepas dos yang kedua tersebut . (10)

 

 

 Indikasi kontraseptif kecemasan

Kegagalan kontraseptif merupakan sebab yang paling biasa bagi pengambilan kontraseptif kecemasan . Biasanya, disebabkan oleh kebocoran kondom , salah perletakan difram atau ketinggalan pil . Kedatangan haid dijangkakan akan mula dalam masa 21 hari selepas pengambilan kontraseptif kecemasan .

Plan B merupakan pemilihan alternatif yang paling baru bagi pengguna . (11) Ia merupakan pil pertama yang terdiri daripada hanya progestin dan mempunyai 2 tablet levonorgestrel ( 0.75 mg ) yang diambil setiap satunya dalam masa 12 jam .

 

 

Top