KAUNSELING & PEMONITORAN
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

KAUNSELING & PEMONITORAN

Kaunseling

Penggunaan pil kontraseptif oral sangat meluas dan penggunaannya memerlukan skill serta pengetahuan tertentu supayan dapat mengekalkan keberkesanannya . Oleh yang demikian, tanggungjawab orang yang preskrip adalah sangat besar . Selain itu, pengguna sendiri juga perlu memikul tanggungjawab tersebut supaya mengelakan kehamilan yang tidak dirancangkan . Sebelum membeli sesuatu pil kontraseptif oral , pengguna perlu mendapatkan nasihat dari ahli profesional seperti doktor, ahli farmasi dan jururawat atau dispenser yang berpengalaman . Selepas mendapat nasihat, jika masih mendapat masalah atau ingin mendapat keterangan yang lebih lanjut, pengguna boleh menanya doktor panel , ahli farmasi individu atau boleh dapatkan maklumat dari internet. Selain itu , risalah yang berserta dengan produk juga merupakan satu rujukan yang baik.

Apabila bermula dengan kontraseptif oral , pengguna perlu selalu berkomunikasi dengan profesional kesihatan supaya beliau mengetahui sebarang perkembangan anda . Pengguna juga perlu mengambil nombor telefon pusat kesihatan yang terdekat supaya dapat mendapatkan informasi atau perkhidmatan konsultasi apabila anda mempunyai sebarang kerisauan .

Semasa pengambilan pil kontraseptif oral, pengguna perlu mengamalkan cara hidup yang sihat . Hal ini termasuk mengamalkan aktiviti seks yang sihat, menjalankan persetubuhan dengan pengawalan kontraseptif yang betul , ingat memakan pil dan sebagainya . Pengguna juga boleh mengamalkan sikap membeli setiap pek baru dengan ahli profesional yang sama supaya anda dapat memberikan keterangan perkembangan anda dan mungkin boleh mendapat informasi yang baru yang bersesuaian dengan anda .

 

Pemonitoran

Pengguna perlu selalu memerhatikan perkembangan kitar haid semasa pangambilan pil kontraseptif oral . Hal ini termasuk :

Memerhati jangka masa kedatangan haid
Memerhati waktu kedatangan haid
Memerhatikan kualiti kedatangan haid
Memerhatikan kesan-kesan sampingan yang mungkin terjadi
Memerhatikan perubahan yang mungkin terjadi dari segi mental dan fizikal

 

Top