PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN OC

Walaupun penggunaan OC sangat biasa pada zaman sekarang , tetapi masih terdapat banyak kajian tentang perkembangan OC . Antaranya, perkembangan kontraseptif oral generasi ke- 3 dan gererasi ke-4.

Satu kajian telah dijalankan oleh Hershel Jick, James A Kaye , Catherine Vasilakis-Scaramozza dan Susan S Jick mengenai risiko tromboembolisme vena bagi pengguna kontraseptif oral generasi ke – 3 . Dari kajian tersebut, mereka mendapati kepusan yang didapati adalah sama seperti keputusan kajian-kajian sebelumnya iaitu kontraseptif oral generasi ke – 3 memang mempunyai risiko venus tromboembolism yang lebih tinggi jika berbanding dengan kontraseptif oral dengan levonorgestrel . Untuk mendapat keterangan selanjutnya, anda boleh mengunjungi laman web tersebut :

http://bmj.com/cgi/content/full//321/7270/1190

atau mendapatkannya dari BMJ 2000;321:1190-1195

Selain itu, terdapat jaga kajian yang lain yang berkaitan dengan kontraseptif oral generasi ke – 3 . Dari kajian tersebut, didapati pengguna pil tersebut telah menurun dari 53 % pada January 1993 sehingga 14 % pada November 1995 . Sebarang keterangan selanjutnya, sila mengunjungi laman web :

http://bmj.com/cgi/content/full//321/7259/477

atau merujuk kepada BMJ 2000;321:477-479 ( 19 August )

Satu kajian tentang pil kontraseptif oral untuk lelaki telah dimulakan oleh Dr Tony Hunter dan kumpulannya . Mereka mengkaji cara tindakan sel apabila faktor sel stem bergabung dengan kit/SCF-R, satu resepter tirosin kinase . Dari kajian secara klinikal, kumpulan ini telah dapat membuktikan resepter kit/SCF-R dapat mengaktifkan perkembangan perjalanan sel dan hal ini adalah kritikal bagi perkembangan sperma . Dr Hunter juga percaya bahawa kawasan yang sama bagi resepter kit/SCF-R akan bergerakbalas terhadap spermatogenosis dalam manusia dan ini mungkin akan dapat mencari agen yang menghalang fosforilasi atau perikatan PI3 kinase kepada tirosin tertentu . Untuk mendapat keterangan selanjutnya tentang kontraseptif oral bagi lelaki, anda boleh mengunjungi laman web tersebut :

http://bmj.com/cgi/content/full/320/7233/468/f

atau merujuk BMJ 2000; 320:468 ( 19 February )

 

Top