FAQ
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

 

FAQ

Bagaimanakah saya akan dapat Oral Kontraseprid Kombinasi ( COC ) ?

Anda dapat membeli COC dari klinik kerajaan, klinik swasta atau di farmasi komuniti yang berdekatan . Jika anda merupakan pengguna kali pertama COC, anda dinasihatkan membuat temu janji di klinik supaya dapat mengaturkan satu masa untuk membuat pemeriksaan fizikal secara keseruluhannya, pemeriksaan pelvik, tekanan darah dan berat badan . Selain itu, perkembangan keluarga dan sejarah individu juga diambil . Satu preskripsi akan ditulis oleh doktor jika tiada kontraindikasi berlaku .

Pada penggunaan bulan 3 – 6 pertama, anda dinasihat supaya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjutan . Jika anda telah biasa dengan mengguna pil yang dicadangkan, anda juga boleh membeli pil tersebut dari farmasi komuniti, klinik-klinik yang berdekatan . Jika menghadapi sebarang masalah yang berkaitan dengan COC, anda patut berjumpa dengan doktor anda dengan secepat yang mungkin .

 

Bagaimanakah saya mengambil COC ?

Anda mesti mulakan pil pertama pada hari pertama kedatangan haid, walaupun ada rujukan yang menyatakan pil pertama boleh ambil pada hari kelima haid atau hari Ahad pertama dalam minggu kedatangan haid . Pengambilan pil pertama pada hari pertama haid adalah lebih selamat jika berbanding dengan hari-hari lain . Selepas anda memulakan pengambilan pil, anda perlu meneruskan pengambilan pil pada waktu yang sama setiap hari sehingga anda menghabiskan pek tersebut .

Jika anda mengambil pil yang mengandungi 28 biji, selepas 21 hari anda masih perlu mengambil 7 lagi pil plaseboo atau ‘ pseudo-pills ’ . Hiad akan datang pada hari ke–2 atau hari ke–3 selepas anda mula memakan ‘ pseudo – pills ’ atau pada hari ke–23 atau hari ke–24 selepas anda mula memakan COC tersebut . Selepas 28 hari, anda patut memulakan pek yang baru pada hari keesokannya . Tidak ada Tempoh bebas pil ( PFI ) bagi COC yang berjumlah 28 biji .

Jika anda mengambil pil yang mengandungi 21 pil, anda perlu mengambil pil tersebut setiap hari pada waktu yang sama sehingga 21 hari . Selepas 21 hari, anda perlu rehat 7 hari sebagai tempoh bebas pil ( PFI ) iaitu tidak perlu mengambil sebarang pil kontraseptif . Dalam 7 hari ini, haid anda akan datang, mungkin pada hari ke – 2 atau hari ke – 3 PFI . Selepas 7 hari, anda perlu memulakan pek yang baru dan hari tersebut dianggap sebagai hari pertama mengambil pil bagi pek baru .

Untuk memastikan keberkesanan pil kontraseptif oral , anda perlu mengikuti arahan yang dicadangkan dan terutamanya jangan lupa mengambil pil pada waktu yang sama setiap hari .

 

Apakah akan berlaku kalau saya lupa mengambil 1 pil atau saya lambat memulakan pek baru ?

Jika anda lupa mengambil satu pil dalam masa 12 jam , ambil pil tersebut selepas sahaja anda mengingatinya . Selepas itu, ambil pil yang seterusnya seperti biasa . Di samping itu , tambahkan cara alternatif yang lain ( seperti kondom ) selama 7 hari .

Jika anda lupa mengambil dua pil, ambil kedua-dua pil tersebut selepas anda mengingatinya . Selepasnya, ambil dua lagi pil pada hari keesokannya . Di samping itu, anda perlu juga guna cara alternatif yang lain bersama-sama dengan pil kontraseptif oral tersebut untuk 7 hari yang berturut-turut .

Jika anda lupa mengambil tiga pil, kemungkinan besar anda akan kedatangan haid. Jika haid anda belum datang lagi dalam masa tiga hari tersebut, jangan makan pil pek lama lagi, buangkan pek lama tersebut dan tunggu haid datang . Selaepas itu, anda mulakan dengan pek baru dan cara pemakanannya sama dengan kali pertama anda mengambil pil kontraseptif oral .

 

Adakah terdapat drug yang menggurangkan keberkesanan pil kontraseptif oral ?

Keberkesanan pil kontraseptif oral akan menurun sedikit jika anda memakan ubat-ubat yang dapat mengubahkan fungsi hati atau ubat-ubat yang menurunkan kebolehan badan manusia untuk menyerap hormon-hormon yang dimakan . Oleh itu, anda patut bertanya kepada doktor, ahli farmasi komuniti atau pendispen yang memberikan ubat . Jika ubat yang didispenkan akan mengganggu keberkesanan pil kontraseptif oral dan pengambilan ubat tersebut tidak dapat dielakkan, anda perlu menggunakan cara alternatif yang lain di samping mengambil pil kontraseptif oral . Jangka masa menggunakan cara alternatif bergantung kepada berapa lama anda mengambil drug tersebut . Sebagai contohnya, rifampin, dilantin atau karbamazepin, antibiotik seperti ampicilin, tetrasiklin dan sebagainya .

 

Bagaimana kalau saya mengalami loya, muntah dan cirit selepas mengambil pil ?

Kaalu anda mengalami kesan sampingan pil seperti loya, muntah dan cirit , anda perlu berhenti menggunakan pil tersebut dan menggunakan cara kontraseptif yang lain sehingga kedatangan haid . Jika anda masih ingin menggunakan pil kontraseptif oral, anda perlu meminta nasihat dari doktor atau ahli farmasi komuniti supaya dapat memilih pil oral yang lebih sesuai dengan anda .

 

Mengapakah haid saya terlalu sedikit sehingga tidak perlu menukar pad ?

Jika kedatangan haid anda terlalu sedikit, anda perlu memastikan anda tidak meniggalkan pil ( miss pil ) . Jika anda memakan pil seperti yang dicadangkan dan makan mengikut masa yang tetap dan masalah tersebut masih wujud, kemungkinan anda tidak sesuai dengan pil tersebut . Oleh itu, anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi komuniti untuk memilih pil yang sesuai dengan anda . Sementara itu, anda perlu menggunakan cara alternatif sehingga haid datang .

 

Apakah yang perlu saya lakukan jika haid saya tidak datang ?

Jika haid anda tidak datang pada waktu yang sepatutnya, anda perlu mendapat nasihat dari doktor untuk membuat Ujian kehamilan atau anda boleh membeli ‘ pregnancy test ’ dari farmasi komuniti secara ‘ over – the – counter ’ .

Jika hanya sekali haid anda tidak datang dan anda pasti mengambil pil pada waktu yang tetap setiap hari, menggunakan cara alternatif yang lain, tanpa tanda-tanda mengandung seperti loya, muntah, pening dan sebagainya, kemungkinan anda mengandung adalah sangat rendah . Walau bagaimanapun, adalah baik jika anda merujuk kepada doktor anda atau membuat ujian kehamilan .

Jika anda pernah ketinggalan pil lebih daripada sekali, anda dicadangkan berhenti mengguna pil dan menggunakan cara lain untuk kontraseptif . Sementara itu, anda perlu mendapat nasihat dari doktor anda secepat mungkin .

Jika anda tidak mengalami kedatangan haid selama dua kali berturut-turut, anda perlu berhenti mengambil pil dan mendapat nasihat dari doktor atau membuat ujian kehamilan .

 

Bagaimanakah kalau saya ingin menghamil ?

Habiskan pek yang anda masih makan dan jangan teruskan dengan pek yang baru. Guna cara kontraseptif yang lain sehingga dua atau tiga kali kedatangan haid yang normal selepas anda berhenti mengambil pil .

 

Apakah yang patut saya tahu semasa mengambil pil ?

Jika anda berjumpa dengan doktor anda atau memasuki wad, anda perlu memberitahu mereka bahawa anda sedang mengambil pil kontraseptif oral . Jika anda mengalami tanda-tanda yang tidak normal selepas mengambil pil, mendapat nasihat dari doktor anda .

Anda juga perlu mengambil tahu kesan-kesan awal semasa memulakan pil kontraseptif oral iaitu ACHES .

A : Abdominal pain - kesakitan perut yang sangat teruk

C : Chest pain - sesak nafas atau batuk berdarah

H : Headache - kesakitan kepala yang sangat teruk , migrain

E : Eye - penglihatan yang kabur atau buta

S : Severe leg pain - peha atau betis sakit

 

 

Top