GLOSERI
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

 

GLOSERI

  1. Embolisme pulmonari : Penyumbatan saluran pulmonari atau cabangannya oleh embolisme.
  2. Embolisme : Bahan yang diangkut oleh darah daripada satu vesel ke vesel yang lebih kecil secara paksaan dan menyebabkan penyumbatan dalam aliran darah.
  3. Trombosis : Pembentukan klot darah yang menyebabkan halangan vaskular di tempat pembentukannya.
  4. Estrogen : Hormon yang bertanggungjawab dalam pembentukan dan pengekalan sifat-sifat wanita dan fungsi pembiakan wanita.
  5. Laktasi : Jangka masa penghasilan susu dalam buah dada perempuan atau dalam tetek binatang betina.
  6. Ovulasi: Proses pengeluaran ovum dari ovari.
  7. Progesteron: Hormon yang bertanggungjawab dalam penebalan endometrium untuk membolehkan implantasi berlaku.
  8. Implantasi: Penempatan zigot pada endometrium uterus.
  9. Korpus luteum : Bahan yang dihasilkan oleh folikel ovari matang yang berfungsi dalam perembesan progesteron.
  10. Hormon : Bahan kimia yang dihasilkan di satu bahagian badan dan diangkut oleh sistem darah ke bahagian badan yang lain di mana ia berfungsi secara khusus.
  11. COC ( Combined Oral Contraseptive ) : Pil yang dapat mencegah kehamilan dimana formularinya terdiri daripada kombinasi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progestin.
  12. POP ( Progestin Only Pill ) :Pil yang dapat mencegah kehamilan dimana formulasinya terdidri daripada hanya 1 jenis hormon sahaja iaitu progestin.
  13. PFI ( Pill Free Interval ) :Tempoh bebas pil. Satu tempoh yang tidak perlu mengambil pil dan ia biasa diikuti dengan kedatangan haid.
  14. BTB ( Breakthrough Bleeding ) : Pendarahan pertengahan kitar. Pendarahan yang berlaku pada pada pertengahan pemakanan pil. Pendarahan yang tidak berlaku pada masa PFI.
  15. Infarksi miokardia:Kematian sel di miokardium akibat daripada gangguan pembekalan darah ke kawasan tersebut.
  16. Karsinogenisiti:Kecenderungan menghasilkan sel kanser.

 

Top