MEKANISME TINDAKAN
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

 

 

MEKANISME TINDAKAN

A. Tindakan estrogen :

Estrogen merencat ovulasi dengan menindas pelepasan hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon luteinizing (LH), dengan itu "memberi imbas palsu kepada kelenjar pituitari bahawa wanita itu telah hamil dan menyebabkan kelenjar pituitari tidak membebaskan hormon yang merangsang ovari untuk mengeluarkan ovum".
Mengubah rembesan dalam uterus dan mengubah struktur sel endometrium yang menggarisi uterus, dengan itu menghasilkan satu kawasan edema yang menggantikan kawasan penebalan sel endometrium dan menghalang implantasi ovum.
Mempercepatkan pengangkutan ovum untuk menghalang persenyawaan.
Menyebabkan degenerasi korpus luteum.

 

B. Tindakan progestin :

Merencat ovulasi dengan menindas pelepasan LH.
Menghasilkan mukus servikal yang tebal, dengan itu menghalang pengangkutan sperma melalui ruang servikal dan melambatkan pengangkutan ovum. Ini akan mengganggu masa kritikal persenyawaan ovum dalam tiub Fallopian.
Mengubah puncak sekresi FSH dan LH supaya implantasi terganggu.

Fisiologi Kitaran Haid

Top