JENIS OC
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

JENIS OC

OC boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu

  1. OC kombinasi (COC)
COC monofasa ialah kombinasi estrogen dan progestin yang diambil dengan amaun tertentu sama ada untuk 21 hari, diikuti oleh satu tempoh bebas drug selama 7 hari, atau untuk 22 hari, diikuti oleh satu tempoh bebas drug selama 6 hari. Samasa tempoh bebas drug, pengguna tidak diberi pil atau diberi pil plasebo.
COC multifasa (2 fasa atau 3 fasa) adalah COC yang telah diubahsuai. Kombinasi estrogen dan progestin yang berlainan digunakan sepanjang kitar, dengan jumlah dos steroid yang lebih rendah setiap bulan. Namun tiada bukti yang menunjukkan bahawa COC multifasa lebih berkesan dan lebih selamat daripada COC monofasa.

 

2.  OC yang mengandungi progestin sahaja (POP)

POP hanya mengandungi progestin pada dos rendah, tanpa estrogen. POP perlu diambil secara terus-menerus sepanjang kitar tanpa tempoh bebas drug di antara ktar.

 

Jadual I : Perbandingan ciri-ciri COC dan POP

 

CIRI-CIRI

COC

POP

Efikasi

Kadar kegagalan sebanyak 0.1-8.0% semasa tahun pertama penggunaannya.

Kadar kegagalan sebanyak 0.5-10.0% semasa tahun pertama penggunaannya.

Mekanisme tindakan

Mencegah ovulasi terutamanya.

Memekatkan mukus serviks terutamanya.

Cara guna

Diambil setiap hari selama 3 minggu, diikuti oleh 1 mingge tempoh bebas drug.

Diambil setiap hari tanpa tempoh bebas drug.

Kelayakan pengguna

Tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai faktor risiko penggunaan estrogen.

Sesuai untuk wanita yang mempunyai faktor risiko penggunaan estrogen.

Kedatangan haid

Kawalan kitar haid yang baik.

Kedatangan haid yang tidak tetap biasa berlaku.

Komplians

Tindakan berjaga-jaga mungkin diperlukan jika pengguna lupa mengambil pil lebih daripada 24j.

Tindakan berjaga-jaga mungkin diperlukan jika pengguna lupa mengambil pil lebih daripada 3j.

Penyusuan anak

Tidak sesuai untuk wanita yang menyusu anak.

Sesuai untuk wanit yang menyusu anak.

(Diambil daripada http://www.ippf.org/imap/steroidal/)

 

Top