Make your own free website on Tripod.com

FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

FAKTOR RISIKO DAN CONTRAINDIKASI

Pesakit yang mempunyai faktor risiko perlu menggunakan OC dengan berhati-hati, dan berbincang dengan doktor sebelum menulakan pengambilan OC.
Pesakit yang dikontraindikasi dengan OC tidak boleh mengambil OC. Mereka harus menggunakan kaedah kontraseptif lain untuk mencegah kehamilan.

 

A. Faktor risiko

Perokok berumur lebih daripada 35 tahun (dengan lebih daripada 15 rokok per hari).
Sakit kepala migrain, yang mencetus selepas mula mengambil OC.
Tekanan darah tinggi.
Diabetes atau penyakit kencing manis.
Wanita yang akan menjalankan pembedahan elektif atau pembedahan major dalam masa 4 minggu yang menyebabkan pesakit tidak boleh bergerak.
Pendarahan vaginal yang luar biasa.
Penyakit sel sickel.
Wanita yang menyusu anak.
Wanita yang menghidapi diabetes semasa hamil (gestation diabetes).
Wanita berumur lebih daripada 50 tahun.
Ada penyakit jaundis atau penyakit pundi hempedu.
Ada penyakit jantung dan renal atau sejarahnya, atau sejarah keluarga yang menunjukkan kematian ahli keluarga (terutamanya ibu dan kakak) akibat penyakit jantung sebelum berumur 50 tahun.
Sejarah keluarga hiperlipidemia.
Obesiti.
Pesakit asma.
Pesakit epilepsi.

 

B. Contraindikasi

Trombophlebitis atau gangguan tromboembolik atau sejarah gangguan pembekuan darah.
Kemalangan serebravaskular atau sejarahnya (strok).
Penyakit iskemik atau arteri koronari atau sejarah berkaitan, misalnya pernah menghidapi serangan angina, serangan sakit jantung, kegagalan jantung dan penyakit vaskular.
Penyakit kegagalan renal.
Sejarah atau dicurigai menghidapi kanser payudara atau kanser lain di organ pembiakan yang boleh diterukkan oleh penggunaan estrogen.
Tumor atau kanser di hepar atau hepatitis

 

Top