CARA PENGAMBILAN
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

 

 

CARA PENGAMBILAN OC

 

Sebagaimana yang diketahui, terdapat dua jenis kontraseptif oral iaitu kombinasi kontraseptif oral (Combined Oral Contraceptives , COC) dan pil progestin sahaja ( Progestin Only Pill , POP ) . Oleh itu, semasa menimbangkan keselamatan penggunaan kontraseptif oral, faktor yang lebih penting ialah bagaimana menjadi seorang pengguna yang selamat ( safe user ) . Faktor ini lebih penting daripada bagaimana memilih pil kontraseptif oral yang sesuai . Bagaimanapun, sediaan monofasik dengan dos yang rendah merupakan pilihan pertama(1) .

Dalam penerbitan World Health Organisation ( WHO ), satu kajian terhadap disease tromboembolik dengan kontraseptif oral dijalankan pada oktober 1995(2) . Dari kajian tersebut, didapati sediaan yang mengandungi progestin generasi ketiga sangat digemari kerana sediaan ini mempunyai kesan sampingan yang rendah dan mempunyai kesan yang kurang terhadap metabolisme glukosa . Walau bagaimanapun, sediaan COC generasi ketiga ini juga berkontroversial dengan risiko tertentu . Oleh itu, sehinggan sekarang COC dengan progestin generasi kedua masih merupakan sediaan pilihan pertama .

Jadual II dan Jadual III dibawah masing-masing menunjukkan tertib permulaan kontraseptif oral COC dan POP(1) .

 

 

 

Jadual II Tertib Permulaan Untuk COC

 

Keadaan

Hari permulaan  ( hari kitar haid )

Langkah berjaga-jaga yang lain untuk 7 hari

Kedatangan haid

Hari pertama               Hati Ke – 5

Tidak perlu                        Perlu

Kitaran pertama selepas PCC*     ( pastikan flow kitar haid adalah normal )

Hari pertama @ ke - 2

Tidak perlu

Postpartum :                             a.tiada laktasi                       b.laktasi                               

                                    Hari ke – 21       Penggunaan POP

                                        Tidak perlu                        —

Postmiscarriage ( selepas keguguran)

Hari yang sama

Tidak perlu

Amenorea ( tidak ada kedatangan haid )

Bila-bila masa

Perlu

* Postcoital contraception ( kontraseptif selepas persetubuhan )

 

 

 

Jadual III : Tertib Permulaan Untuk POP

Keadaan

Hari Permulaan ( hari kitar haid )

Langkah berjaga-jaga yang lain untuk 7 hari

Kedatangan haid

Hari pertama

Tidak perlu

Kitaran pertama selepas PCC       ( pastikan flow kitar haid adalah normal )

Hari pertama @ ke – 2

Tidak perlu

Postpartum :                            a. tidak laktasi                          b. laktasi

                               Hari ke – 21             Hari ke – 21

                                            Tidak perlu                         Tidak perlu

Postmiscarriage ( selepas keguguran )

Hari yang sama

Tidak perlu

 

 

Cara pengambilan COC

Biasanya pek COC mengandungi 21 tablet dan setiap tablet mengandungi kombinasi estrogen dan progestin . Biasanya setiap tablet dicatat bersamaam dengan hari minggu disebelah pek tersebut . Pil pertama diambil pada hari pertama kedatangan haid dan pil pertama yang diambil mestilah bersesuaian dengan hari minggu yang terdapat disebalah pek . Misalnya , hari pertama kedatangan haid ialah Hari Rabu, dengan ini pil pertama yang diambil mestilah pil yang tercatat Hari Rabu disebelahnya . Seterusnya, pengambilan pil diikuti dengan anak panah yang ditunjukkan pada pek tersebut . Hanya satu pil diambil setiap hari dan makan pil yang seterusnya pada pada masa yang sama . Kelambatan pengambilan pil selama 12 jam boleh dikatakan sebagai ketinggalan pil ( miss pill ) . Pengambilan pil ini harus berterusan selama 21 hari kemudian diikuti dengan tempoh 7 hari yang tidak mengambil pil ( pill-free interval ) . Pada tempoh 7 hari ini, kedatangan haid akan berlaku . Walau bagaimanapun, haid ini mungkin lebih singkat dan kurang daripada biasa . Selepas tempoh 7 hari yang tidak mengambil pil , pengambilan pil mesti diteruskan dengan pek baru COC .

 

Cara pengambilan POP

Kebanyakan pek POP mengandungi 28 tablet dan sama seperti COC, setiap tablet dicatat bersamaam dengan hari minggu disebelah pek tersebut . Pil pertama diambil pada hari pertama haid dan pil pertama tersebut mesti bersesuaian dengan hari minggu yang dicatat pada sebelah pek tersebut . Seterusnya , makan 1 pil setiap hari pada masa yang sama dan mengikut turutan anak panah yang terdapat pada pek POP .Kelambatan pengambilan pil selama 3 jam dikatakan ketinggalan pil (miss pill).  Perbezaan pengambilan pil yang paling jelas antara COC dengan POP ialah POP tidak mempunyai tempoh tidak mengambil pil . Pengambilan pil POP sepatutnya diteruskan walaupun pek pertama sudah habis . Pek baru patut dimulakan pada hari keesokannya selepas pek lama sudah habis .

 

  Top