Make your own free website on Tripod.com

FISIOLOGI KITARAN HAID
Home Up

 

 

 

 

Fisiologi Kitaran Haid

Kitaran haid boleh dibahagikan kepada 3 peringkat :

  1. Fasa folikel
Fasa ini bermula pada onset haid untuk 14 hari.
Pada permulaannya estrogen adalah rendah dan tidak dapat merencat pembentukan faktor pembebasan hormon perangsang folikel (FSH-RF) oleh hipotalamus. Maka FSH-RF merangsang kelenjar pituitari anterior untuk merembeskan FSH dan LH.
FSH merangsang pembentukan folikel promodial dalam ovari dan LH merangsang permulaan sekresi estrogen dalam folikel ini. Jumlah estrogen meningkat dan kemudian merangsang faktor perlepasan hormon luteinizing (LRF) daripada kelenjar pituitari anterior dan ini meningkatkan paras LH dan mengurangkan paras FSH.
Kebanyakan folikel akan mengecut dan sedikit akan berkembang dan menghasilkan estrogen.
Estrogen bertanggungjawab ke atas pertumbuhan endometrium. Penambahan saiz dan tuotosity kelenjar uterin dan untuk menebalkan mukosa uterin.

 

2. Fasa ovulatori

Paras estradiol melebihi 200pg selama sekurang-kurangnya 50 jam akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan LH yang banyak (surge).
LH bertanggungjawab ke atas peringkat akhir pertumbuhan dan kematangan folikel, ovulasi dan pembentukan korpus luteum.
Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 kitaran haid (1 kitaran haid = 28 hari).

 

3. Fasa luteal atau fasa sekretori

Biasanya berlaku untuk 13-15 hari.
Progesteron dan estrogen dihasilkan oleh korpus luteum. Progesteron menebalkan endometrium, meningkatkan tuotosity kelenjar uterin dan merangsang perembesan cecair pekat sebagai persediaan implantasi ovum yang telah disenyawakan.
Jika tiada implantasi berlaku antara hari 23-24 kitaran haid, korpus luteum mengecut. Paras estrogen dan progesteron menurun dan endometrium akan digugurkan (fasa haid).
Jika implantasi berlakku, tromboblast plasenta yang mengembang akan menghasilkan hormon kehamilan luteotrofik dan gonadotrofin korionik manusia (hCG) dalam masa seminggu. HCG menggantikan LH dan mengekalkan fungsi sekeretori korpus luteum.

 

 

Gambarajah Kitaran Haid

( Diambil daripada http://www.people.virginia.edu/~rjh9u/slightist.html)

 

 

 

Mekanisme sistem maklum balas aksis hipotalamus-pituitari-ovari

(Diambil daripada http://www.people.virginia.edu/~rjh9u/slightist.html)

 

Top