| |
KEBAIKAN UMUM OC
 | Mencegah kehamilan dengan keberkesanan yang tinggi. |
 | Keselamatan yang terjamin dengan penyaringan pengguna OC secara berhati-hati. |
 | OC tidak mengganggu kesuburan wanita. Wanita boleh hamil apabila OC dihentikan. |
 | Mencegah kehamilan ektopik yang biasanya mengancam nyawa. |
KELEBIHAN COC
 | Menurunkan risiko wanita untuk menghidapi kanser ovari sebanyak 40%. Kesan ini masih ada
sekurang-kurangnya 10 tahun selepas OC dihentikan. |
 | Menurunkan risiko wanita untuk menghidapi kanser endometrial sebanyak 50%. Kesan
perlindungan ini kekal sehingga 15 tahun selepas OC dihentikan. |
 | Mengurangkan masalah berkaitan menstrual. COC dapat membetulkan kitar haid yang tidak
tetap, kesakitan semasa ovulasi, tekanan premenstrual, dismenorea dan masalah jerawat
jenis premenstrual. |
 | Mengurangkan kehilangan darah uterus, dengan itu mengurangkan risiko anemia. |
 | Mengurangkan insiden penyakit inflamasi pelvik. |
KELEBIHAN POP
 | Membolehkan penggunaan OC pada wanita yang menyusu anak kerana ia tidak mengganggu
laktasi. |
 | Tiada kesan pada tekanan darah dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa POP meningkatkan
risiko trombosis vena. |
 | Kesan ke atas metabolisme lipid dan fungsi hati amat sedikit. |
 | Sesuai untuk wanita yang tidak boleh menerima estrogen, misalnya wanitaa yang ada
diabetes, migrain dan wanita yang tidak tolerans kepada COC. |
Top
|