PEMILIHAN PIL
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

 

 

PEMILIHAN PIL

Dalam pasaran sekarang, terdapat formulasi pil yang pelbagai jenis . Dengan ini, ahli profesional perlu memberi nasihat kepada pengguna serta membantu mereka memilih produk yang paling sesuai dengan individu tertentu . Jadual IV menunjukkan faktor-faktor yang penting semasa memulakan dan bercadang memberhentikan penggunaan pil . (10)

 

 

Jadual IV : Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memulakan dan bercadang memberhentikan penggunaan oral kontraseptif pil

 

Objektif

Tindakan

Contoh produk

Mengurangkan risiko tinggi thrombosis

Memililh produk yang mengandungi dos estrogen yang rendah

Mercilon ( Organon )

Mengurangkan loya, ketegangan payudara atau sakit kepala vaskular

Memilih produk yang mengandungi dos estrogen yang rendah

Mercilon ( Organon )

Mengurangkan spotting atau BTB

Memilih produk yang mengandungi dos estrogen yang tinggi atau POP yang berpotensi tinggi

Nordette ( Wyeth ) . Mocrogynon 30                  ( Schering AG ) , Rigevidon ( Gedeon Richter )

 

Pemberhentian pengambilan pil kontraseptif oral biasanya disebabkan oleh kesan sampingan pil tersebut . Contohnya : pendarahan pertengahan kitar ( breakthrough bleeding, BTB ), loya, sakit kepala, ketegangan payudara, acne, hirsutism, mood swing dan peningkatan berat badan . Oleh yang demikian , pengguna perlu diberi kauseling bahawa kebanyakan kesan sampingan pil kontraseptif oral akan berkurangan selepas beberapa bulan pengambilan pil tersebut .

Loya, ketegangan payudara dan sakit kepala vaskular disebabkan oleh estrogen manakala acne, kulit yang berminyak, hirsutism dan peningkatan berat badan disebabkan oleh androgen dalam formulasi pil tersebut . Breakthrough bleeding pula berkaitan dengan nisbah estrogen dangan progestin dalam formulasi pil kontraseptif oral . Ramai wanita yang menggunakan pil kontraseptif oral akan menggadu masalah peningkatan berat badan , tatapi dari kajian , didapati formulasi pil yang berada dalam pasaran hanya meningkatkan sedikit atau langsung tidak meningkatkan berat badan pengguan . (10) Sebenarnya, masalah ini berlaku mungkin disebabkan kesan progestational dan kesan androgenik yang akan meningkatkan selera makan seseorang .

 

 

Permulaan pangambilan pil

Kontraseptif oral biasanya dimulakan dengan dos estrogen yang rendah , iaitu 30 µg ethinyloestradiol . Kalau pengawalan kontraseptif tidak begitu baik dengan formulasi ini , formulasi dengan dos ethinyloestradiol yang lebih tinggi dicadangkan tetapi dengan dos maksima 50µg .

Biasanya, fungsi COC adalah bergantung kepada fungsi am progestin . Progestin generasi pertama juga digunakan dalam POP dan contohnya ialah :

norerhisterone
ethynodiol
norgestrel

Progestin yang baru adalah :

norgestimate
gestodene
desogestrel

Progestin jenis ini biasanya dipromosikan sebagai progestin yang baik kerana ia mempunyai kebaikan seperti berikut :

pengawalan yang lebih baik pada kitar haid
tidak ada kesan androgenik dan sesuai bagi wanita yang mempunyai masalah acne dan hirsutism
mempunyai kebaikan dari segi pengawalan profil lipid darah pada pengguna

 

 

Dos tinggi pil estrogen

Pil dos tinggi estrogen mempunyai risiko yang tinggi terhadap masalah kardiovaskular , oleh itu , hanya sesetengah wanita yang sesuai dengan penggunaan pil tersebut . Wanita yang tidak sesuai menggunakan pil tersebut ialah :

wanita yang menggunakan drugs inducing enzim secara jangka masa panjang .
wanita yang menggunakan terapi antibiotik secara jangka masa panjang .

 

 

Pil trifasik

Pil trifasik memberikan pengawalan kitar haid yang lebih stabil . Biasanya pil jenis ini diberikan kepada wanita yang mengalami masalah breakthrough bleeding walaupun dengan penggunaan pil kombinasi monofasik jenis gestodene-based .

 

 

Mini-pil (POP )

Wanita yang masih menyusu perlu mengambil POP kerana penggunaan COC akan mengurangkan kualiti serta kuantiti susu ibu . Walau bagaimanapun, POP adalah kurang efektif jika berbanding dengan COC . Sebenarnya bagi ibu yang masih menyusu , susu ibu tersebut mempunyai pengawalan terhadap kehamilan dan ini akan menambahkan pengawalan kehamilan POP . Selain ibu yang masih menyusu , POP juga disarankan kepada wanita yang :

kuat merokok
Diabetis melitus
Umur  > 35 kerana ia mempunyai risiko kardiovaskular yang rendah
Menunjukkan intolerans dengan COC

 

Top