 | Perokok berumur lebih daripada 35 tahun (dengan lebih daripada 15 rokok per hari). |
 | Sakit kepala migrain, yang mencetus selepas mula mengambil OC. |
 | Tekanan darah tinggi. |
 | Diabetes atau penyakit kencing manis. |
 | Wanita yang akan menjalankan pembedahan elektif atau pembedahan major dalam masa 4
minggu yang menyebabkan pesakit tidak boleh bergerak. |
 | Pendarahan vaginal yang luar biasa. |
 | Penyakit sel sickel. |
 | Wanita yang menyusu anak. |
 | Wanita yang menghidapi diabetes semasa hamil (gestation diabetes). |
 | Wanita berumur lebih daripada 50 tahun. |
 | Ada penyakit jaundis atau penyakit pundi hempedu. |
 | Ada penyakit jantung dan renal atau sejarahnya, atau sejarah keluarga yang menunjukkan
kematian ahli keluarga (terutamanya ibu dan kakak) akibat penyakit jantung sebelum berumur
50 tahun. |
 | Sejarah keluarga hiperlipidemia. |
 | Obesiti. |
 | Pesakit asma. |
 | Pesakit epilepsi. |
 | Trombophlebitis atau gangguan tromboembolik atau sejarah gangguan pembekuan darah. |
 | Kemalangan serebravaskular atau sejarahnya (strok). |
 | Penyakit iskemik atau arteri koronari atau sejarah berkaitan, misalnya pernah menghidapi
serangan angina, serangan sakit jantung, kegagalan jantung dan penyakit vaskular. |
 | Penyakit kegagalan renal. |
 | Sejarah atau dicurigai menghidapi kanser payudara atau kanser lain di organ pembiakan
yang boleh diterukkan oleh penggunaan estrogen. |
 | Tumor atau kanser di hepar atau hepatitis |