PENGENALAN
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

 

 

PENGENALAN

Kontraseptif oral (OC) atau pil perancang keluarga mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. OC yang diperkenalkan ini mengandungi estrogen dan progestin pada dos yang tinggi. Pada masa itu banyak wanita mempercayai mereka telah menemui cara yang mudah, selamat dan berkesan untuk mencegah kehamilan.

Malangnya OC telah diketahui bukan sempurna. Walaupun OC mempunyai keberkesanan yang tinggi dan mudah diguna, ia mendatangkan banyak kesan sampingan yang ringan dan juga sedikit kesan sampingan yang serius. Laporan kes tentang komplikasi OC termasuk embolisme pulmonari, masalah cerebravaskular dan trombosis koronari. Dengan itu penggunaan OC menurun pada pertengahan tahun 1970-an.

Berikutan penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan, pil OC yang lebih selamat telah dihasilkan. Pada akhir tahun 1960-an, pengenalan OC yang mengandungi progestin sahaja memberi peluang kepada wanita yang tidak boleh menerima estrogen, untuk mengambil OC. Pada tahun 1990-an, penurunan dos steroid dalam OC berjaya mengurangkan s/e Oc. Di samping itu pengemukaan garis panduan untuk membantu doktor menyaring wanita yang sesuai menerima OC membolehkan OC digunakan dengan lebih selamat. Secara am, wanita muda yang sihat dan tidak merokok adalah selamat untuk diberi OC.

Kini OC merupakan cara mencegah kehamilan yang paling popular, dan lebih daripada 70 juta wanita di seluruh dunia mengambil OC setiap hari.

 

Top