KEBAIKAN
Home PENGENALAN DEFINISI MEKANISME TINDAKAN JENIS OC KEBAIKAN KEBURUKAN FAKTOR RISIKO & KOTRAINDIKASI CARA PENGAMBILAN PEMILIHAN PIL KEGAGALAN PIL KAUNSELING & PEMONITORAN PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN SENARAI PRODUK FAQ GLOSERI RUJUKAN

 

 

KEBAIKAN UMUM OC

Mencegah kehamilan dengan keberkesanan yang tinggi.
Keselamatan yang terjamin dengan penyaringan pengguna OC secara berhati-hati.
OC tidak mengganggu kesuburan wanita. Wanita boleh hamil apabila OC dihentikan.
Mencegah kehamilan ektopik yang biasanya mengancam nyawa.

 

KELEBIHAN COC

Menurunkan risiko wanita untuk menghidapi kanser ovari sebanyak 40%. Kesan ini masih ada sekurang-kurangnya 10 tahun selepas OC dihentikan.
Menurunkan risiko wanita untuk menghidapi kanser endometrial sebanyak 50%. Kesan perlindungan ini kekal sehingga 15 tahun selepas OC dihentikan.
Mengurangkan masalah berkaitan menstrual. COC dapat membetulkan kitar haid yang tidak tetap, kesakitan semasa ovulasi, tekanan premenstrual, dismenorea dan masalah jerawat jenis premenstrual.
Mengurangkan kehilangan darah uterus, dengan itu mengurangkan risiko anemia.
Mengurangkan insiden penyakit inflamasi pelvik.

 

 KELEBIHAN POP

Membolehkan penggunaan OC pada wanita yang menyusu anak kerana ia tidak mengganggu laktasi.
Tiada kesan pada tekanan darah dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa POP meningkatkan risiko trombosis vena.
Kesan ke atas metabolisme lipid dan fungsi hati amat sedikit.
Sesuai untuk wanita yang tidak boleh menerima estrogen, misalnya wanitaa yang ada diabetes, migrain dan wanita yang tidak tolerans kepada COC.

 

Top